Bila tanah banyak belukar, tak siapa yang pandang. Bila bersih.. ada yang bertanya .. ini siapa punya. Ada yang mengaku ada yang merah mata. Bila ada orang menanam tanaman .. ada juga orang yang menumpang nak bercucuk tanam.
Bila malam bulan mengambang, bulan gelap pun selalu juga. Bulan gerhana jarang-jarang. Tahun ini sudah dua kali fenomena bulan gerhana.
Hari ini 7.30 malam dah mula gerhana. Tapi gerhana separa. Nasib tak begitu menyebelahi kerana dilindungi awan. Akhir-akhir ini hujan kerap turun. Malam saja.. dah ada awan. Malam gelap bukan kerana tak ada bulan.. tapi disebabkan awan terlalu tebal hingga melindungi bulan.
Cahaya terang udara nyaman. Hati tenang. Bulan mengambang. Suasana aman. Bintang berkerlip-kelip. Malam membawa siang. Siang terang dengan Matahari. Bulan terlindung cahaya matahari.