Friday, July 23, 2010

Durian Ulu Jelebu - 22/07/2010

Durian Ulu Jelebu.  Beli dekat pemborong mengumpul durian.  Belambak... pilih saja. Macam-macam jenis.  First time sampai di Ulu Jelebu.

Nyaman dan dingin kawasan tu.  Belum banyak tercemar.  Kawasan  bukit bukau.  Pokok sekeliling kawasan .

Tak mahal Sekilo RM2.00 saja.  Durian kampung.  Semuanya elok.  Baru ambil dari dusun.  Durian baru luruh.  Huh... lain kali boleh datang sini lagi beli durian. 

Tangkal baru lagi.  Kalau beli ditepi jalan.. kemungkinan sudah 2 atau 3 hari luruh.  Yang ini baru semalam.  Paling-paling lewat pun luruh sebelah petang.  Boleh dikatakan baru lah tu..


Inilah jalan nak masuk ke Kampung yang ada dusun Durian tu..

Sunyi sepi dan aman. Kereta motor lalu pun jarang-jarang.  Mungkin pagi orang kampung tak keluar rumah lagi atau sudah ke Kebun untuk kumpul Durian.

Ada lah juga nampak penduduk kampung yang bekerja diluar.. Pekan Jelabu pun tak lah begitu jauh sangat.

Sekarang ini kebanyakkan ada kenderaan sendiri taklah menyusahkan sangat.  Paling -paling pun kereta kancil. 



Sebelum balik singgah ke Kampung Dulang.  Inilah pintu gerbang untuk ke Kampung Dulang.  Kampung Dulang ini kampung sejarah di Daerah Jelabu.  Masjidnya adalah dikatakan Masjid yang tertua di Negeri Sembilan.



Ini lah Masjid Kuala Dulang.


Wednesday, July 7, 2010

Persekitaran Eastin Hotel PJ

Indah Permandangan bangunan-bangunan di sekeliling Petaling Jaya.  Hotel mahal-mahal semua.  Nasib baik dapat pergi kursus.. dapat lah duduk di Hotel mahal sikit.  Sekali-sekali dapat lah rasa juga. 

Bukan lah senang kalau sengaja nak duduk di Hotel Eastin.  Kalau ada duit buat belanja yang lain.  Kalau ada lebih tu.. mungkin lah.  Tapi tak lah boleh lama-lama sangat.  2 hari saja.  Itu pun okay lah.  

Bilik Hotel Eastin .. tingkat 15. Woow tingginya.  Nampak semua bangunan di KL.  Tapi masa nak datang ... sesat juga.  Maklum lah bukan nya selalu datang KL.  Sesat sampai Melawati.  Nasib baik .. ingat juga sikit-sikit jalan nak datang.  Pusing punya pusing last sekali sampai juga.  Itu pun dah pukul 10.30 malam.  Masuk dalam bilik siap-siap tidur saja lah.  Nanti nak pergi ke tempat kursus pula.  Entah mana lah punya jalan tak tahu.  Tidur sekerap saja.. esok dah nak check out. 


Sementara tunggu makanan yang order datang .. makan lah buah-buahan yang ada atas meja dulu. Masa di tempat kursus tak makan apa cuma makan Piza saja.  Kenyang juga lah.. tapi kena cari nasi juga.  Boleh tahan.  Makan apa pun boleh.


Tuesday, June 29, 2010

Bulan Mengambang - 26/06/2010


Bila tanah banyak belukar, tak siapa yang pandang.  Bila bersih.. ada yang bertanya .. ini siapa punya.  Ada yang mengaku ada yang merah mata. Bila ada orang menanam tanaman .. ada juga orang yang menumpang nak bercucuk tanam. 


Bila malam bulan mengambang, bulan gelap pun selalu juga.  Bulan gerhana jarang-jarang.  Tahun ini sudah dua kali fenomena bulan gerhana. 

Hari ini 7.30 malam dah mula gerhana.  Tapi gerhana separa.  Nasib tak begitu menyebelahi kerana dilindungi awan.  Akhir-akhir ini hujan kerap turun.  Malam saja.. dah ada awan.  Malam gelap bukan kerana tak ada bulan.. tapi disebabkan awan terlalu tebal hingga melindungi bulan.

Cahaya terang udara nyaman.  Hati tenang.  Bulan mengambang.  Suasana aman.  Bintang berkerlip-kelip.  Malam membawa siang.  Siang terang dengan Matahari.  Bulan terlindung cahaya matahari.

Tuesday, June 8, 2010

Di Putrajaya - 8/6/2010

Pagi-pagi lagi dah sampai di kawasan Masjid Putrajaya. Tersergam indah pejabat Perdana Menteri. Cuma dapat dilihat dari jauh. Boleh bergambar dari atas jalan dihadapan pintu pagar. Tak boleh terlalu dekat. Pelancung-pelancung lain pun berbuat begitu.

Sementara menunggu Saudara datang untuk menunjuk jalan ke Hospital Putrajaya, sempat bergambar disekeliling.

Musim cuti sekolah. Mak bapa bawa anak-anak rombongan sehingga se-Bas. Kalau yang ada kereta..senang datang. Ikut kehendah hati kemana hendak pergi.

Destinasi kali ini adalah Putrajaya. Bukan hanya nak datang Putrajaya tapi nak bawa Emak saudara ke Hospital Putrajaya. Dah buat appointment dari bulan lepas. Nak buat Phisioterapy.

Masjid Putrajaya, dipandang dari jauh memang cantik. Didalamnya pun cantik dengan ukiran-ukiran dan seni-seni yang dibuat dan ditempah khas.

Kali ini tak masuk Masjid sebab kena tunggu Saudara datang nak tunjuk jalan ke Hospital Putrajaya.

Pelancung memang ramai yang datang. Walaupun hari kerja tapi ada yang ambil cuti kerana bawa anak-anak yang cuti sekolah. Ada juga pelancung luar negara. Sebahagian ditengah dataran depan masjid masih dalam pembinaan. Adalah projek yang nak dibuat. Entah apa yang nak dibuat.. nanti siap tahu lah.

Akhirnya sampai juga di Hospital Putrajaya. Cantik juga. Okaylah. Tapi tempat parking terhad. Susah juga nak parking kereta. Ada yang parking dekat luar. Tepi jalan besar.
Nasib baik ada parking kosong. Kebetulah ada kereta nak keluar. Saudara seorang lagi terpaksalah berlegar-legar untuk cari tempat letak kereta. Ada yang berani parking bawah pokok saja.
Kereta murah bolehlah parking jauh-jauh. Kalau kereta mahal .. risau juga.